Kami pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan Majlis Makam Malam. Setingi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang pada malam tersebut. Serta tidak lupa kami memohon maaf sekiranya ada sebarang kelemahan dan kekurangan pada malam majlis tersebut. Komen-komen dari semua pihak kami ucapkan terima kasih dan akan dipertimbangkan untuk masa akan datang. Diharap ramai lagi akan menyertai aktiviti yang akan diadakan agar ikatan bekas kakitangan ini bertambah erat. Pihak moderator akan mengemaskinikan gambar-gambar kemeriahan majlis tersebut dalam jangka waktu terdekat.
Kalau ada sumur diladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bertemu lagi....



No comments:
Post a Comment