Alhamdulillah....Akhirnya setelah di tangguhkan beberapa kali untuk menyampaikan sumbangan kepada kak sal,
pada petang hari raya aidil adha yang lalu kliza dan rohaizat telah mengunjungi ksal di rumahnya @ rawang.
Rohaizat telah memberi mukhadimah kepada Kak Sal dan keluarga berkaitan perjumpaan xbbmb yang lalu dan
bagaimana sumbangan telah dikumpulkan khas buat kak sal untuk menampung kos rawatan penyakit barah yang dihadapinya.
Kal Sal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatakuasa dan semua yang bermurah hati menghulurkan derma tersebut.
Untuk pengetahuan semua, penyakit kak sal telah merebak ke bahagian leher dan kak sal bercadang untuk mencuba rawatan secara tradisional
d Melaka. Sumbangan yang d berikan sememangnya tepat pada masanya kerana kak sal bercadang untuk ke Melaka selepas hari raya aidil adha.
Walaupun berusaha berbagai cara untuk melawan penyakit barah yang di hadapinya kak sal kelihatan amat tenang dan redha.......
Bersama ini d sertakan gambar2 semasa d rumah kak sal, ada gambar suaminya, anak2 kak sal, cucu2nya dan juga gambar rohaizat bersama anak2nya.
kliza mohon maaf kerana gambar2 yang di ambil agak blurrr al maklum tak habis kursus photography.
Kepada sesiapa yang berhajat untuk menghubungi kak sal boleh talipon 012 3532167, semuga rindu kak sal kepada kawan2 terubat.
Kak Sal kirim salam pada semua dan chemat... kak sal kata dia masih ingat chemat walaupun dah lama x jumpa.
Akhir sekali, saja nak berkongsi dengan kawan2:::
Kita pohon kekuatan,
Allah beri kesulitan utk jadikan kita kuat..
Kita pohon keteguhan hati,
Allah beri kita masalah untuk di atasi..
Kita pohon keyakinan,
Allah beri kita ujian untuk memantapkan iman & jiwa...
Kadang kala kita tak dapat apa yang diingini,
namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan.....
Semuga kita terus dirahmatiNya... Aminnnnn
Thank you and regards
Hasliza Husin
Salam Smua,
Sekali lagi terima kasih semua atas sumbangan n kak liza, kalau bukan kerana kak liza, xtau lgsung psl kak sal. Kak Sal amat terharu dan ulang2 ucap tkasih dan kalau ada sapa2 yang masih nak derma ke or bg zakatke boleh contact kak sal terus atau kalau nak, leh terus bank in dalam akaun mayban 1645 5704 2442, Shalaha Bt Abdullah.
Pls forward message nih pada yang lain2 and thank you again.
Wassallam,
Jatt
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



No comments:
Post a Comment